Wednesday 27 January 2016

Labuan - Day 1



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Wahhh tahun 2016 ni banyak cuti yang panjang2 kan, so kaki travel semua confirm dah berderet tiket kapai ye dak..heheh bagi Sha pulak tahun 2016 ni tak tapau satu tiket pun lagi..

Cuti Thaipusam baru2 ni last minute Sha beli tiket AA ke Labuan dengan harga RM258 return..boleh la dari tak ke mana2 kan..  
 
Labuan dan Pulau2 berhampiran




Awal pagi 23/1/16 Sha dah gerak ke KLIA2 sebab flight pukul 7.40am..perjalanan ke Labuan amik masa 2jam 30minit,so bila perjalanan yang panjang macam ni Sha lebih suka layan video atau membaca je..tepat jam 10.10am selamat mendarat di Labuan Airport...turun2 je membahang rasanya angin laut..

Di kawasan Airport memang banyak kaunter2 kereta sewa, kereta seperti Honda City boleh disewa dengan harga RM120 sehari..so terpulang la kereta apa yang uolls nak, dari semurah2 ke semahal2 sewaan ada di situ. Sha tak perlu menyewa kereta memandangkan abang Sha bekerja di Labuan so dia dah sesiap tunggu Sha di Airport.

Sebelum Sha cerita dengan lebih lanjut, elok Sha tempek dulu peta Pulau Labuan ni, so senang la uolls bayangkan kat mana kedudukan tempat2 yang nak di lawati nanti, secara tak langsung memudahkan uolls merancang itinerary nanti.



 Keluar je dari airport kami terus menuju ke Bandar Labuan, baik isi perut dulu sebelum merayap kan..berlaukkn pajeri terung,kerabu mangga dengan ikan goreng fresh yang manis memang nikmatttt di kala perut berkeroncong hehehehe..
Lepas perut dah kenyang tunggu apa lagi, jommmm mula pengembaraan kita di Pulau Labuan.

  Lawatan hari pertama ;

  - Muzium Marin Labuan
  - World War II Memorial
  - Peace Park & Surrender point
  - Pantai Batu Manikar dll


i) Muzium Marin Labuan terletak berhampiran Bandar Labuan yang mempamerkan hidupan akuatik Borneo dan Kalimatan. Terdapat dua bahagian di dalam muzium ini iaitu di aras bawah terdapat aquarium hidupan dan terumbu kepulauan Borneo & kolam sentuh, manakala aras satu pula merupakan ruang pameran, rangka ikan paus & dugong yang dijumpai di Pulau Papan.

Waktu operasi : 9am-5pm
Bayaran : Percuma



ii) World War II Memorial terletak di Jalan Tanjung Batu, merupakan tempat pengebumian 3908 pahlawan2 Perang Dunia ke-2. Yang ni Sha tak masuk pun cukup sekadar meninjau dari tepi jalan sahaja..heheheh



iii) Peace Park & Surrender Point terletak di Kampung Layang Layangan. Taman  ini simbolik kepada usahasama Jepun dan Malaysia untuk memperingati meraka yang telah terkorban masa Perang Dunia ke2. Di taman ada monument yang bertulis “Peace is the Best”. Japanese Surrender Point terletak berhampiran Peace Park. Berada di dalam taman kecil berdekatan Timbalai di mana pngunjung boleh lihat keindahan panorama Laut China Selatan dari arah barat pulau Labuan. Tempat bersejarah di mana jepun menyerah kalah di Labuan .


Sebenarnya banyak lagi tempat berhampiran Bandar Labuan yang boleh uolls terjah jika pertama kali pergi ke Labuan, contohnya Labuan Square, Muzium Labuan, Botanical Garden dan Kampung Air Patau-Patau.

Di sebelah petang Sha melepak di sepanjang Pantai sekitar 9km iaitu dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg.Miri. Pemandangan sunset adalah perkara yang paling Sha nantikan...percikan cahaya matahari terbenam memang betul2 memukau pandangan mata Sha..

Malam itu Sha hanya pusing2 Bandar Labuan kemudian singgah makan di Restoran Masakan Thai, Tomyam yang kami order memang betul2 sedap dengan haiwan laut yang segar di campakkan dalam tomyam tu..perghhhh memang terangkat...Usai makan malam, Sha balik rumah layan cerita Dilwale..

Sha tidur semalam sahaja di rumah abang, esoknya akan check-in kat Resort tepi pantai yang sangat tenang...TETAPI malam tu ada kejadian yang agak menakutkan bagi Sha semasa menginap di Resort tersebut..bila teringat takut pulak...


InshaAllah, Jika di beri kelapangan waktu Sha akan sambung kisah hari ke-dua di Pulau Labuan..

إِلَى اللِقَاء Ilal liqa’..Sayonara...





1 comment:

  1. Bestnya pergi Sabah!!
    teringin sangat nak pergi tapi tak tahulah bila.
    please update more about Labuan trip :)

    ReplyDelete