Friday 29 January 2016

Labuan - Day 2


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Jom sambung story Labuan yg dah terperam sekian lama..hehehe cadangnya pagi ni nak jelajah ;
- Labuan Bird Park
- Muzium Chimney
- Masjid Jamek An'Nur

Lepas breakfast dekat rumah, kami menuju ke Labuan Bird Park yang terletak di Tanjung Kubong dan berhampiran dgn Muzium Chimney . Lebih daripada 100 spesis burung2 dr Borneo/Kalimantan di dlm Taman ini.
Bila pergi tempat2 macam ni, bebudak la palinggggg eksited..habis semua binatang di ajuk, macam2 bunyi mampu diorang buat. Kita yang mak2 bapak2 ni layankan ajer :D
 
Waktu operasi : 10am-4.30pm
Bayaran : RM3 untuk dewasa & RM1 untuk kanak2




Lepas puas meronda sakan dalam Bird Park tu, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Chimney pula.Menara Chimney merupakan sebuah struktur terkenal dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia di kaitkan dengan zaman perlombongan Labuan.
Menara Chimney dibuat daripada 23,000 bata merah yang di import dari England.

Terdapat dua bahagian di tapak bersejarah ini iaitu;

i)  Information  centre - tunnel etc
    - Bahagian ni mempamerkan sejarah awal Tanjung Kubong, iaitu sejarah awal
      perlombongan arang batu Labuan sejak 1847. Terdapat juga mini terowong seolah2

      laluan tempat cari gali arang batu.
 ii) Menara Chimney
    - Menara Chimney pula merupakan monumen penting Labuan sebagai bukti peninggalan
      aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong. Dikenali sebagai 'Punil' oleh
      masyarakat setempat



Waktu operasi : 9am-5pm
Bayaran : Percuma

Dalam perjalanan balik ke rumah kami sempat singgah ke Masjid Jamek An'Nur yang merupakan masjid utama yang terdapat di Labuan. 

 
Kalau travel Sha akan ambil peluang untuk singgah di Masjid yg terdekat, bukan apa Sha suka melihat senibina masjid yg berbeza di setiap negari/negara yg kita lawati.Memang terpegun dengan rekaan Masjid ni yang cantik dan unik :D.  

Alhamdulillah lepas semua dah settle, kami terus bergerak ke Palm Beach Resort yang terletak berhampiran laut...Resort ni memang cantik dengan bilik yg luas memang puas hati kami semua.

Sha memang bercadang untuk tidur semalam di Hotel sekitar Labuan, maklumlah kata bercuti kan mesti la nk feeling2 tidor hotel..hahahah

pool berdekatan dengan pantai


Usai rehat2, cadangnya malam nanti nak keluar cari seafood sedap2...tapi angin ribut punya la kuattttttt sampai naik takut pulak...mula la Sha terbayang memacam...dah la resort ni betul2 tepi laut...terus teringat tragedi Tsunami...tetiba 'bluppppp' lampu padam...Ya Allah memang menakutkan la time2 gini dengan angin kuat, bunyi dedaun kelapa tambah pulak dengan black out..Sha memang mengucap panjang malam tu...nasib la sekejap je lampu padam..heheheh

Gigih jugak nak keluar cari restoran yg sedap...konon nak jauh dari laut la hahahha...kami pun siap2, memula kami try juga usha Restoran Terapung sekitar Resort..tapi angin masih kuat dan paras air laut pulak semakin naik..kira kalau makan atas Restoran tu sipi2 je la air nk masuk celah lantai kayu restoran tu...

so kami cancel, jadinya makan dekat restoran pinggir bandar Labuan jer..order Tomyam Seafood, Siakap Sweet Sour, Sotong celup Tepung dengan Kailan...memang terangkat rasa dia..pedas2 manis mungkin sebab seafood fresh kan...


Malam tu balik bilik lenaaaa kepenatan dan kekenyangan tak sedar pukul berapa angin ribut tu stop hahahahaha 

Bilik memang selesa dan terbaikkk



p/s: Besok hari terakhir di Labuan, so apa lagi shopping ler 
 
إِلَى اللِقَاء Ilal liqa’..Sayonara...


1 comment:

  1. Salam. sha.

    i tried to contact u tapi tak tau cara.
    i tengok ur blog here and pass a message kat sini lah ye.
    hope u boleh baca lah.

    my number is 019212958
    email i azianelias@yahoo.com

    ReplyDelete